Tuesday, February 22, 2011

Catatan Kelas Tarannum 4

Salam,


Alhamdulillah kelas Tarannum ke-4 berjalan seperti biasa. Pada minggu ini juga Ustaz telah membuat ulangkaji untuk lagu Bayati Harakat 4, 5 dan 6. harakat yang agak mencabar disebabkan tabaqat(tingkatan) suara yang tinggi diperlukan semasa mengalunkan harakat ini. Silap gaya suara tak sampai ataupun suara akan pecah. Disinilah perlunya kita berhati-hati semasa memulakan bacaan sedari awal Isti'azah dan Basmallah.

Sebenarnya ada satu harakat lagi yang paling tinggi yang dipanggil Jawabul-jawab. Mungkin harakat ini belum lagi diajarkan. Harakat ini sesuai untuk orang yang mempunyai nada suara yang tinggi sahaja.

Latihan harakat 4-6 ini dibuka kepada semua yang hadir. Ramai yang telah mencuba termasuk saya. Minggu lepas saya baca sehingga harakat 5 sahaja. Jadi minggu ini cuba sehingga harakat ke 6. Muslimah nampak malu-malu nak baca. Muslimin ramai yang bersemangat...Tahniah kepada yang baru belajar tatapi telah berani mencuba. ....Tak cuba ...tak tahu....

Sahabat yang lain camana? Tn Hj Ismail...maaf tak sempat nak jumpa anta, habis sembahyang sunat terus kelas bermula. Sdr Farida (BTS) dan Sdr Iqbal datang tak? Jangan segan-segan nak baca. Tangkap je mikrofon tu dan keluarkan suara yang terpendam... Berlatih dahulu kat rumah kalau rasa kurang konfiden..

Disertakan sebahagian dari rakaman semalam sebagai panduan...jangan lupa cuba masukkan kedalam surah Yaa Siin sebab minggu depan Ustaz nak suruh baca. ....huhuhu...

Sekian.

Rakaman Kelas Ke-4 download.

Note :- Saya ada rakam Video semalam tapi nak proses video belum ada software... Siapa yang ada video processing software, minta tolong copy dan pos kat saya. Nanti saya bayar melalui maybank2U.....ada sesiapa yang sudi bantu ke?

2 comments:

  1. SALAM tuan, ini pandangan ana aje... cuba guna xilisoft HD video converter, boleh dapatkan di http://www.xilisoft.com/hd-video-converter.html Setakat ini ana convert ke dlm bentuk HD rmvb . Itupun sbb nak masukkan ke Youtube. selamat mencuba

    ReplyDelete
  2. assalam tuan.

    lanjutan rakaman catatan tak di upload ya??..

    ReplyDelete