Monday, July 8, 2013

Keputusan Tilawah Peringkat Antarabangsa ke 55

 Indonesia, Maghribi dominasi tilawah Al-Quran
Dasrizal Marah Naini (kanan) bersama Hajah Boussaq meraih Johan Tilawah Al-Quran pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-55 di PWTC malam tadi. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-55 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini selama lapan malam berakhir malam tadi dengan peserta Indonesia Dasrizal Marah Nainin muncul sebagai johan qari.
Bagi bahagian qariah, ia dimenangi peserta Maghribi, Hajar Boussaq.
Naib johan qari pula dimenangi peserta dari Iran, Mohammad Mashmoul sementara peserta Malaysia, Anuar Hasin menduduki tempat ketiga.
Sementara Hanimzah Jalaluddin dari Malaysia muncul naib johan bahagian qariah dan peserta Thailand, Natita Manasiya menduduki tempat ketiga.
Johan bagi kedua-dua kategori membawa pulang kepingan emas seberat 350 gram bernilai RM70,000 bersama wang tunai RM40,000, sebuah piala iringan, cenderamata dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut hadir. 
Dasrizal yang ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah menyifatkan kemenangannya itu sebagai anugerah daripada Allah S.W.T di atas usahanya selama ini selain dorongan daripada keluarganya.
"Tak ada kata lain yang bisa diungkap atas kemenangan ini yang bukan mengambil masa yang sekejap, dan saya bersyukur menjadi peserta antara yang terbaik," kata pensyarah di Maahad Tinggi Agama Islam Indonesia ini.  

Hajar Boussaq, 23, pula menyifatkan pengiktirafan sebagai johan qariah sebagai batu loncatan untuk beliau mengembangkan pengetahun serta kemahirannya dalam bacaan ayat suci Al-Quran.
"Saya tujukan kemenangan ini kepada kerajaan Malik Mohammed ke-VI selain bersyukur kerana menjadi juara dalam pertandingan yang mencabar di peringkat antarabangsa ini," kata pelajaran jurusan Pengajian Islam di Universiti Hamzah II, menerusi terjemahan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Khalid Osman.
Hanimzah pula berazam untuk terus memperbaiki mutu bacaannya yang diakuinya masih mempunyai kelemahan.
"Segala usaha saya tidak sia-sia dan saya berpuas hati dengan kejayaan ini," kata penjawat Jakim ini.
Seramai 43 peserta lain turut menerima hadiah saguhati bernilai RM3,000 setiap seorang beserta cenderamata dan sijil penyertaan.
Para juri berpendapat setiap peserta telah memperdengarkan mutu bacaan yang amat baik serta lancar dengan memelihara hukum tajwid.
Seramai 15 juri dari 10 negara antaranya Jordan, Mesir, Maghribi, Arab Saudi, Lubnan dan Qatar dipertanggungjawabkan untuk menilai bacaan setiap peserta.
Tilawah yang bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' bermula sejak 29 Jun lepas disertai 59 peserta terdiri daripada 37 qari dan 22 qariah dari 48 negara termsuk Sudan, Timor Leste, Mesir, Maldives, Sri Lanka serta Mauritius. - Bernama

Wednesday, June 19, 2013

KEPUTUSAN MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013 KALI KE 56

Berikut adalah Keputusan Majlis Tilawah Al Quran peringkat Kebangsaan 2013 kali ke 56. Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun 2013 diadakan di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darul Naim, Lundang, Kota Bharu Kelantan.

Keputusan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2013 kali ke 56 adalah seperti berikut:


Qari

1) Pertama: Anuar bin Hain (92.33%) Perak

2) Kedua: Amir Rahman bin Abas (89.67%) Negeri Sembilan

3) Ketiga: Muhamad Hafaz bin Ali (86.67%) Terengganu


Qariah

1) Pertama: Hanimzah Haji Jalaluddin (88.34%) Pahang

2) Kedua: Nor Azrah binti Ayub (86%) Johor

3) Ketiga: Marzian binti Mohd Deli (84.34%) Kedah


Hadiah

Johan: Wang tunai RM15,000, Piala Iringan, Cenderamata dan sijil penyertaan serta Kereta Proton Preve tajaan Tabung Haji

Naib Johan: Wang tunai RM10,000, cenderamata dan sijil penyertaan

Ketiga: Wang tunai RM7,000, cenderamata dan sijil penyertaan

Saguhati: Wang tunai RM3,000, cenderamata dan sijil penyertaan