Tuesday, October 13, 2009

Belajar Tarannum Bersama Ustaz Radzi - Lagu Nahwand

Kita teruskan pembelajaran Tarannum dengan mengikuti Lagu Nahwand. Pastikan anda telah dapat memahirkan diri dengan lagu Bayati dalam posting yang sebelum ini.









Thursday, October 8, 2009

Belajar Tarannum Bersama Ustaz Radzi - Lagu Bayati

Marilah kita sama-sama mempelajari Tarannum Al-Quran bersama Ustaz Radzi Kamarul Hailan (Juri Akademi Al Quran TV9)













Sila ulang Harakat 1 hingga 3 diatas sehingga dapat menguasainya.
Kemudian teruskan dengan harakat seterusnya...







Sila ulangi Harakat 1 hingga 7 diatas dan ikuti lagu-lagu seterusnya....


Bersambung........

Tuesday, October 6, 2009

Bintang Akademi Al-Quran Memartabatkan Seni Tarannum

Tarannum Al Quran yang di alunkan oleh bintang-bintang Akademi Al-Quran. Sila ikuti bacaan daripada Qariah yang tidak asing lagi kepada kita semua iaitu Ustazah Sharifah Khasif Fazilah yang baru-baru ini menyandang gelaran Johan Qariah Antarabangsa Tilawah Al Quran yang ke 52. Beliau mengalunkan Tarannum Nahawand, Sikah dan Jiharkah.



Berikut pula bacaan daripada Fakhrul Razi yang telah menjadi Johan AQ ke-3. Bacaan ini adalah pada peringkat semi final.

Monday, October 5, 2009

Tarannum Al-Quran Oleh Ustaz Hassan Al Fadhli Abdul Rahman

Bacaan Al Quran oleh Ustaz Hassan Al Fadhli Abdul Rahman di Putrajaya pada 30 Ogos 2009. Bacaan ini disampaikan sempena Majlis Tilawah Al Quran anjuran Masjid Putrajaya. Didalam Majlis ini Ustaz Hassan telah dijemput sebagai panel Hakim untuk bahagian Tarannum. Bacaan disampaikan sebagai Qari Jemputan sementara menunggu Keputusan. Untuk makluman, beliau pernah mewakili Wilayah Persekutuan didalam Tilawah Peringkat Kebangsaan. Beliau adalah merupakan guru Tarannum saya yang ketiga.

Didalam majlis ini saya telah mendapat tempat kedua. Alhamdulillah.. Banyak lagi yang perlu diperbetulkan terutama suara yang serak disebabkan batuk beberapa hari sebelumnya sehinggakan Ustaz Anuar Hasin (guru Tarannum saya yang keempat) nasihatkan saya supaya menarik diri sehari sebelum Tilawah, bagaimanapun saya teruskan juga sebagai satu latihan....

Saturday, October 3, 2009

Tilawah Peringkat Kebangsaan Malaysia ke-52

Tarannum Al Quran oleh Ustaz Anuar Hasin semasa Tilawah Peringkat Kebangsaan ke 52 bagi tahun 2009. Beliau telah mendapat tempat kedua (Naib Johan). Ustaz Anuar Hasin merupakan tenaga Pengajar bagi kelas Tarannum yang dianjurkan oleh Masjid Putrajaya. Beliau juga merupakan Johan Akademi Al-Quran bagi Musim ke-2.








hit counter
hit counters

SES by the online college degrees online marketing team.