Sunday, July 4, 2010

Tilawah Kembali lagi

Masa berlalu dirasakan begitu pantas. Diam tak diam sudah hampir setahun berlalu dari tempoh Tilawah tahun lepas. Untuk tahun ini Tilawah TM sudahpun bermula. Pemilihan peringkat negeri sudah berlalu pada 27 Jun 2010. Alhamdulillah dengan berkat usaha yang berterusan, kami sekeluarga sekali lagi akan mewakili Kuala Lumpur dan Selangor untuk Tilawah TM Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Faris dan Angah mendapat Johan Peringkat Negeri dan akan mewakili Qari dan Qariah Kanak-kanak bagi Kuala Lumpur, manakala saya dan Kakak mendapat Naib Johan dan akan mewakili Qari dewasa dan Qariah Kanak-kanak bagi negeri Selangor.
Faris dan Angah sudah semakin baik bacaannya. Di dalam Tilawah peringkat sekolah-sekolah kementerian pelajaran tempohari, mereka telah berjaya mewakili Wilayah Persekutuan ke Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu.
Kakak pula masih lagi belum mencapai bacaan yang baik disebabkan kesibukan dengan tuisyen..Tahun ini UPSR.....
Doakan kejayaan kami semua dalam apa jua urusan....wassalam..

3 comments:

  1. salam akhi Nordin...

    tahniah di atas kejayaan keluarga NORDIN di MTQ tempohari...

    bacaan Faris memang bagus n lunak sekali...

    ReplyDelete
  2. W'salam,

    Terima kasih...
    Tahniah juga untuk Hannan. InsyaAllah keluarga RAHMAT juga akan menyusul jika bimbingan berterusan.
    Mereka ni punya tanggungjawab untuk membawa kejayaan buat KL pula setelah berjaya membawa Selangor sebagai Juara Keseluruhan tahun lepas..Sama-sama doakan..

    Wsalam

    ReplyDelete
  3. Salam..Semoga keluarga antum menjadi contoh kepada keluarga-keluarga yang lain dlm mendidik anak-anak menjadi pencinta Al-Quran .Semoga berjaya nanti..insya-Allah Amin
    :-)

    ReplyDelete