Monday, October 5, 2009

Tarannum Al-Quran Oleh Ustaz Hassan Al Fadhli Abdul Rahman

Bacaan Al Quran oleh Ustaz Hassan Al Fadhli Abdul Rahman di Putrajaya pada 30 Ogos 2009. Bacaan ini disampaikan sempena Majlis Tilawah Al Quran anjuran Masjid Putrajaya. Didalam Majlis ini Ustaz Hassan telah dijemput sebagai panel Hakim untuk bahagian Tarannum. Bacaan disampaikan sebagai Qari Jemputan sementara menunggu Keputusan. Untuk makluman, beliau pernah mewakili Wilayah Persekutuan didalam Tilawah Peringkat Kebangsaan. Beliau adalah merupakan guru Tarannum saya yang ketiga.

Didalam majlis ini saya telah mendapat tempat kedua. Alhamdulillah.. Banyak lagi yang perlu diperbetulkan terutama suara yang serak disebabkan batuk beberapa hari sebelumnya sehinggakan Ustaz Anuar Hasin (guru Tarannum saya yang keempat) nasihatkan saya supaya menarik diri sehari sebelum Tilawah, bagaimanapun saya teruskan juga sebagai satu latihan....

No comments:

Post a Comment