Monday, July 8, 2013

Keputusan Tilawah Peringkat Antarabangsa ke 55

 Indonesia, Maghribi dominasi tilawah Al-Quran
Dasrizal Marah Naini (kanan) bersama Hajah Boussaq meraih Johan Tilawah Al-Quran pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-55 di PWTC malam tadi. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-55 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini selama lapan malam berakhir malam tadi dengan peserta Indonesia Dasrizal Marah Nainin muncul sebagai johan qari.
Bagi bahagian qariah, ia dimenangi peserta Maghribi, Hajar Boussaq.
Naib johan qari pula dimenangi peserta dari Iran, Mohammad Mashmoul sementara peserta Malaysia, Anuar Hasin menduduki tempat ketiga.
Sementara Hanimzah Jalaluddin dari Malaysia muncul naib johan bahagian qariah dan peserta Thailand, Natita Manasiya menduduki tempat ketiga.
Johan bagi kedua-dua kategori membawa pulang kepingan emas seberat 350 gram bernilai RM70,000 bersama wang tunai RM40,000, sebuah piala iringan, cenderamata dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut hadir. 
Dasrizal yang ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah menyifatkan kemenangannya itu sebagai anugerah daripada Allah S.W.T di atas usahanya selama ini selain dorongan daripada keluarganya.
"Tak ada kata lain yang bisa diungkap atas kemenangan ini yang bukan mengambil masa yang sekejap, dan saya bersyukur menjadi peserta antara yang terbaik," kata pensyarah di Maahad Tinggi Agama Islam Indonesia ini.  

Hajar Boussaq, 23, pula menyifatkan pengiktirafan sebagai johan qariah sebagai batu loncatan untuk beliau mengembangkan pengetahun serta kemahirannya dalam bacaan ayat suci Al-Quran.
"Saya tujukan kemenangan ini kepada kerajaan Malik Mohammed ke-VI selain bersyukur kerana menjadi juara dalam pertandingan yang mencabar di peringkat antarabangsa ini," kata pelajaran jurusan Pengajian Islam di Universiti Hamzah II, menerusi terjemahan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Khalid Osman.
Hanimzah pula berazam untuk terus memperbaiki mutu bacaannya yang diakuinya masih mempunyai kelemahan.
"Segala usaha saya tidak sia-sia dan saya berpuas hati dengan kejayaan ini," kata penjawat Jakim ini.
Seramai 43 peserta lain turut menerima hadiah saguhati bernilai RM3,000 setiap seorang beserta cenderamata dan sijil penyertaan.
Para juri berpendapat setiap peserta telah memperdengarkan mutu bacaan yang amat baik serta lancar dengan memelihara hukum tajwid.
Seramai 15 juri dari 10 negara antaranya Jordan, Mesir, Maghribi, Arab Saudi, Lubnan dan Qatar dipertanggungjawabkan untuk menilai bacaan setiap peserta.
Tilawah yang bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' bermula sejak 29 Jun lepas disertai 59 peserta terdiri daripada 37 qari dan 22 qariah dari 48 negara termsuk Sudan, Timor Leste, Mesir, Maldives, Sri Lanka serta Mauritius. - Bernama

Wednesday, June 19, 2013

KEPUTUSAN MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013 KALI KE 56

Berikut adalah Keputusan Majlis Tilawah Al Quran peringkat Kebangsaan 2013 kali ke 56. Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun 2013 diadakan di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darul Naim, Lundang, Kota Bharu Kelantan.

Keputusan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2013 kali ke 56 adalah seperti berikut:


Qari

1) Pertama: Anuar bin Hain (92.33%) Perak

2) Kedua: Amir Rahman bin Abas (89.67%) Negeri Sembilan

3) Ketiga: Muhamad Hafaz bin Ali (86.67%) Terengganu


Qariah

1) Pertama: Hanimzah Haji Jalaluddin (88.34%) Pahang

2) Kedua: Nor Azrah binti Ayub (86%) Johor

3) Ketiga: Marzian binti Mohd Deli (84.34%) Kedah


Hadiah

Johan: Wang tunai RM15,000, Piala Iringan, Cenderamata dan sijil penyertaan serta Kereta Proton Preve tajaan Tabung Haji

Naib Johan: Wang tunai RM10,000, cenderamata dan sijil penyertaan

Ketiga: Wang tunai RM7,000, cenderamata dan sijil penyertaan

Saguhati: Wang tunai RM3,000, cenderamata dan sijil penyertaan

Thursday, March 1, 2012

Faris dalam Adik-adikku Musim ke 3

Salam semua,

Faris telah terpilih menyertai Akademi Adik-adikku semasa cuti sekolah penghujung tahun lepas. Beliau telah diberikan latihan selama sebulan di ILIM dan pertandingan diadakan setiap minggu dalam tempoh tersebut. Pertandingan itu telah dirakamkan dan mula disiarkan dalam TV1 bermula 8 Februari 2012 yang lepas, 6.30 petang.

Berikut adalah diantara persembahan Faris.







Marilah kita sama-sama memberikan sokongan kepada rancangan bercorak agama yang mampu mendidik generasi akan datang bagi mengimbangi kebanjiran rancangan-rancangan yang kurang bermanafaat yang lebih kepada hiburan semata-mata. Sokongan semua akan menentukan samada rancangan ini mampu bertahan atau tidak. Apa yang diperlukan hanya dengan menonton rancangan ini supaya rancangan ini mendapat "rating" tontonan yang tinggi. Rating ini akan mempengaruhi tajaan. Rating tinggi, ramailah penaja yang berminat. Jika tidak ada penaja, maka tidak adalah rancangan ini.



Sekian, wassalam

Tuesday, February 21, 2012

PANDUAN RINGKAS BELAJAR AL QURAN ONLINE

Salam semua,

Bagi anda yang mempunyai internet berkelajuan tinggi melebihi 2Mbps, pembelajaran Al-Quran kini dapat dipermudahkan. Hanya menggunakan Teamviewer 7 sahaja. Sekiranya kelajuan internet anda perlahan, anda masih perlu menggunakan Skype.

Berikut adalah langkah mudah memasang Teamviewer 7 untuk belajar Al-Quran Online bersama saya.

1. Download Teamviewer 7 dari site dibawah : http://www.teamviewer.com/en/download/index.aspx

2. Install perisian dalam komputer/notebook.



3. Semasa pemasangan, pilih personal/Non-commercial use untuk menggunakan perisisan ini secara percuma.


4. Ikuti langkah seterusnya. Klik Next sehingga selesai (Finish)







5. Anda akan memperolehi paparan skrin Teamviewer 7 apabila perisian ini dibuka.






6. Untuk berkomunikasi dengan saya Klik tab Meeting dan masukkan Meeting ID : M75812800 dan masukkan Nama . Seterusnya Klik Join Meeting





7. Setelah connection Berjaya anda akan memperolehi skrin seperti dibawah:





8. Klik Voice over IP, kemudian klik Transmit my audio now.










9. Sekiranya Microphone dan speaker sedia dipasang, maka anda telah sedia untuk memulakan komunikasi dan pengajian boleh dimulakan.

Di sediakan oleh :
Nordin Jusoh ( 013-9804332)

Monday, January 30, 2012

Belajar Al-Quran Online

"SIARAN SEMULA POSTING YANG LEPAS. SAYA TELAH MENGHIDUPKAN SEMULA PENGAJIAN ONLINE YANG TERTANGGUH SEBELUM INI DISEBABKAN MASALAH PERPINDAHAN RUMAH DAN STREAMYX NETWORK. DIHARAPKAN DENGAN NETWORK BARU UNIFI, DAPAT MELANCARKAN PERJALANAN KELAS INI - WALLAHUA'LAM"

ADAKAH ANDA BELUM PANDAI MEMBACA AL-QURAN?

ADAKAH ANDA BERMINAT UNTUK MEMPELAJARINYA ?

JIKA BERMINAT ..........ANDA MEMPUNYAI PILIHAN BERIKUT :
1. SEGERA CARI USTAZ UNTUK MEMPELAJARINYA DIKAWASAN BERHAMPIRAN DENGAN ANDA.
2. JIKA ANDA TIDAK DAPAT MELAKUKAN PILIHAN DIATAS DENGAN BERBAGAI ALASAN YANG HANYA ALLAH DAN ANDA SAHAJA YANG MENGETAHUINYA, SAYA BERSEDIA UNTUK MENGAJAR ANDA SECARA ONLINE MELALUI KEMUDAHAN INTERNET.

BAGAIMANA CARANYA?

Jika anda dapat membaca apa yang saya tuliskan didalam website ini, bermakna anda salah seorang pengguna internet. Tinggal lagi bagaimana untuk manafaatkan kemudahan internet ini untuk mempelajari pelbagai ilmu yang berguna khususnya ilmu Al-Quran.
Saya akan membimbing anda untuk mempelajari Al-Quran walaupun anda berada beratus kilometer daripada saya. Kita akan belajar secara online menggunakan kemudahan SKYPE dan TeamViewer 5.
Jika anda telah biasa dengan Skype, maka tiada masalah lagi untuk anda. Tinggal lagi masukkan nama saya didalam ”Contact List” anda dan kita akan setkan masa yang sesuai untuk berkomunikasi. Full Name : Nordin Jusoh Skype Name : njhaizan







Bagi yang belum biasa dengan Skype, kemudahan Skype adalah untuk berkomunikasi melalui internet secara online sebagaimana berbual melalui telefon. Lebih istimewa jika anda mempunyai Webcam, wajah anda dapat dilihat oleh orang yang anda hubungi.
Untuk memasang Skype didalam PC anda sila layari website http://www.skype.com/
Seterusnya klik “Download” dan ikuti langkah seterusnya sebagaimana tatacara yang tersedia didalam website tersebut. Anda juga perlu pasang TeamViewer 5 bagi membolehkan anda melihat skrin yang akan diajarkan. Sila download dari site berikut: http://www.teamviewer.com/download/TeamViewer_Setup.exe
Semasa proses pemasangan, pastikan anda memilih "Personal / Non-commercial use" untuk menggunakan software ini secara percuma.








Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur, sekiranya anda mempunyai masalah untul memasang Skype dan TeamViewer 5, saya boleh membantu anda, bagaimanapun caj perkhidmatan dikenakan sebanyak RM50 sahaja untuk perjalanan kerumah anda. Kalau boleh pasang sendiri. Senang je......
Jadual pengajian adalah 2 atau 3 kali seminggu, setiap slot 20 hingga 30 minit. Anda boleh memilih mana-mana hari diantara Isnin hingga Sabtu, antara waktu 9.00 hingga 11.00 malam sahaja.
Tempat terhad kepada 12 orang pelajar sahaja.
Sebarang pertanyaan boleh SMS kepada saya 013-9804332 (Nordin)

APA KEPERLUAN YANG ANDA PERLU ADA?

1. Kemudahan Internet
2. Microfon dan Speaker untuk PC anda (Webcam adalah pilihan)
3. Kemudahan SKYPE dan TeamViewer 5
4. Buku IQRA’ (Pilihan)
5. Setkan waktu belajar dengan saya mengikut kelapangan anda dan saya sendiri.
Note : Hari Ahad dikhususkan untuk menggantikan mana-mana kelas yang
tertinggal.


APA SYARATNYA?
1. Anda belum pandai membaca Al Quran. Allah telah memberikan hidayah kepada anda dengan mencampakkan suatu keinginan untuk Belajar Al-Quran.
2. Anda adalah seorang remaja atau dewasa (13 tahun keatas). Kanak-kanak tidak diterima kerana saya hanya khususkan khidmat saya ini untuk remaja dan dewasa disebabkan kelas Al-Quran untuk anak-anak ada dimana-mana. Bagaimanapun jarang sekali kita jumpa kelas untuk orang dewasa yang belum pandai membaca Al-Quran. Jika diadakan sekalipun, mungkin kurang mendapat sambutan.
3. Mempunyai kemahuan yang tinggi untuk mempelajari Al-Quran, kalimah Allah yang maha suci, dimana membacanya akan memperolehi pahala yang banyak.


APA KELEBIHAN BELAJAR SECARA ONLINE INI

1. Anda tidak perlu keluar rumah untuk mencari Ustaz. Saya akan membantu anda sehingga anda dapat membaca Al-Quran. Apabila sudah pandai membaca Al-Quran, anda sudah setaraf dengan orang lain, maka pastinya anda tidak lagi merasa rendah diri untuk mendalami ilmu Al-Quran yang lain seperti ilmu Tajwid.
2. Anda tidak merasa segan kerana hanya Allah, anda dan saya sahaja yang tahu. Kita hanya berkumunikasi di alam siber.
3. Anda mempunyai pilihan waktu yang sesuai jika sebelum ini sentiasa menjadikan alasan SIBUK sebagai penghalang untuk belajar Al Quran.

SEKARANG ANDA TIDAK MEMPUNYAI ALASAN LAGI. JIKA ANDA BOLEH MENGHABISKAN MASA MELAYARI INTERNET, MAKA ANDA JUGA SEHARUSNYA MEMPERUNTUKKAN MASA UNTUK BELAJAR AL QURAN. SAYA SEDIA PERUNTUKKAN MASA UNTUK MENGAJAR ANDA ATAS RASA TANGGUNGJAWAB KEPADA AGAMA KERANA MEMPUNYAI SEDIKIT ILMU AL QURAN UNTUK DIKONGSIKAN DENGAN UMAT ISLAM YANG LAIN.


Note :-

Jika ada anak-anak yang berminat untuk belajar Asas Tarannum Al-Quran, juga insyaAllah saya dapat ajarkan. Untuk anak-anak yang belum pernah belajar sahaja. Bagi yang telah pandai, sila dapatkan Ustaz yang lebih berkemahiran. Lagu yang akan diajarkan ialah Bayati, Soba, Hijaz, Nahwan, Rast, Sikah dan Jiharkah.

Sekian,.....

Sunday, May 8, 2011

Catatan Kelas Tarannum 3 May 2011

Salam,

Sudah beberapa minggu saya tidak kemaskini rakaman kelas Tarannum. Diatas permintaan rakan-rakan disini saya upload rakaman terbaru pada 3 May 2011. Jika berkesempatan, saya akan upload juga rakaman yang sebelum ini.

Rakaman ini mengandungi Ulangkaji lagu Bayati, Hijaz, Nahwan dan lagu terbaru Rast Harakt 1 dan 2.

Sekian, semoga ada manafaatnya.

Sila klik link dibawah untuk download.

Rakaman 3 May 2011

Wednesday, May 4, 2011

Salam semua,

Lama tidak menulis di blog lantaran kesibukan tugasan seharian.. Hari ini saya membaca satu Catatan dari Saudara Zul Azri...maaf kerana terlepas pandang..

Zul Azri said...
salam nordin.sy sgt3 bermint nk bljr ilmu tarannum.tp,stktni sy xde pluang nk bljr dr ustz2 @pn sertai kls tarannum.ade sy tgk2 video2 tp, sy xtau mcmne spatutnye sy start.yg mane dlu sy harus bljr.bayati k rast k.sy xtau semuani.tp mint sgt3 nk bljr.mcmne ye.kalau blh.nk minta nordin bg tau sket tntg bayati tu ape.rast tu ape.n semua yg ade dlm tarannum.trus trg, sy mmg xtau langsung psl tarannumni.kagum sgt dgr adik2 kecil pn dah hbt tarannum.bce merdu n sayu je.tp sedihnye sy msh xpandai n xtaupn psl ilmuni..:'(

March 15, 2011 2:28 AM

Response saya:

Salam Zul,
Minat itu sebenarnya satu permulaan yang baik. Persoalan kedua adalah peluang untuk belajar. Persoalan ketiga adalah usaha untuk belajar.

Bagi menjawab persoalan kedua, nak hadiri kelas mungkin tidak berkesempatan atau tiada peluang. Salah satu cara yang dapat membantu adalah melalui VCD dan web seperti ini. Sebagai permulaan boleh belajar dengan cara ini. Bagaimanapun untuk menjadi yang terbaik mestilah melalui proses berguru...Ini tidak dapat dielakkan. Tidak ada yang berjaya tanpa melalui bimbingan seorang guru...

Persoalan ketiga adalah usaha iaitu setelah timbul minat dan ada sedikit ruang dan peluang, sejauh mana usaha kita untuk mendapatkannya....Qari ternama dari Pahang Dato Faizul telah berulang-alik dari Pahang ke Pasir Mas Kelantan 2 kali sebulan semata-mata untuk mengadap Tn Guru Nik Jaafar mempelajari Ilmu Tarannum ini selama lebih kurang 5 tahun sebelum berjaya menjadi Johan peringkat Antarabangsa.....
Saya sendiri tidak mampu sampai ke tahap itu...tapi saya sentiasa berusaha mencari kelas-kelas tarannum dan alhamdulillah kesemua guru-guru yang saya pelajari merupakan orang yang hebat seperti Ustz Anuar Hasin (Johan AQ2), Ustz tarmizi (Tempat ke-3 AQ3), Ustaz Hasan Fadhli (Pernah menjadi Johan Wilayah Persekutuan KL) dan terkini Ustaz Anuar Ghazali ( Johan Kelantan 2009/2010 dan Naib Johan Kebangsaan 2010). Bukan senang untuk mendapat peluang belajar dengan mereka-mereka ini. Penganjur mengeluarkan peruntukan yang banyak untuk menyediakan peluang belajar ini. Maka kita tidak seharusnya melepaskannya tanpa mengambil sebarang manafaat darinya.
Sekiranya saudara tinggal di KL, peluang belajar Tarannum terbuka luas. Carilah ruang dan peluang dan berusaha kearah itu.

Didalam Tarannum, Lagu Bayati adalah lagu permulaan yang biasa dibawakan oleh mana-mana Qari. Bayati bermaksud "rumahku". Maknanya kita bermula dari rumah dan akan pulang kerumah. Begitulah Tarannum, bermula dengan Bayati kemudian diikuti oleh lagu-lagu yang lain seperti Hijaz,Nahwand, Rast dan kembali semula kepada lagu Bayati apabila menamatkan bacaan. Terdapat 7 lagu yang asas dalam Tarannum iaitu BAYATI, SOBA, HIJAZ, NAHWAND, RAST, SIKAH DAN JIHARKAH.
Kita boleh memilih mana-mana lagu jika tidak disyaratkan seperti didalam Akademi Al Quran.
Diringkaskan cerita…Bolehlah cuba-cuba ikuti rakaman tarannum yang saya masukkan dalam blog ini kerana Ustaz Anuar memulakan pengajaran beliau untuk peringkat yang paling asas.
Sekian…selamat mencuba..